Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih 1,200 kanak kanak sudah terima dos kedua

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Sebanyak 1,543 dos vaksin COVID telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 26,073 dos iaitu 60.8 peratus.

    Sebanyak 1,226 dos kedua vaksin COVID pula telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang membawa kepada jumlah dos kedua yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut kepada 4,808 dos iaitu 11.2 peratus.

    Sementara itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah pada kadar 66.7 peratus, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan bahawa sebanyak 265 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 260 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan lima kes hasil daripada 355 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 143,372 kes,” katanya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengumumkan kes harian jangkitan COVID.

    Menurutnya lagi, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala satu kes dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 125 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 141,961 kes.

    “Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,192 kes iaitu 26 kes sedang dirawat di hospital manakala 1,166 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk terus berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya akan sentiasa terpelihara daripada segala bencana, termasuk apa-apa jua jenis wabak penyakit.

    Beliau berdoa, “Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT jua. Aamiin Aaminn Ya Rabbalalamin.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...