Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Lebih 1,200 kes dilaporkan sembuh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Jumlah kes yang berada di kategori 4 dan 5 pada ketika ini kekal sebanyak tujuh kes di mana kes tersebut kini berada dalam kategori 4 dan tidak ada kes berada dalam kategori 5.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perkara itu pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurutnya, 686 kes baharu telah dilaporkan hari ini, membawa kepada jumlah keseluruhan kepada 134,412 kes dan daripada jumlah kes baharu itu, 615 adalah hasil ujian ART yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth manakala 71 adalah daripada 1,546 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sementara itu, 1,260 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah kes sembuh di negara ini kepada 129,230 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 4,974 kes iaitu 98 kes aktif berada di pusat pengasingan dan hospital manakala 4,876 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.”

    Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan pula, mereka yang menerima tiga dos vaksin ialah 61.3 peratus daripada keseluruhan pendudukan di negara ini, jelas beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -