Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih 13 juta terkorban akibat COVID

    GENEVA, 5 MEI – Pandemik COVID telah membunuh kira-kira 13.3 hingga 16.6 juta orang pada 2020 dan 2021, menurut jumlah anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini – meningkat tiga kali ganda daripada jumlah kematian berkaitan secara langsung dengan COVID.

    Jumlah anggaran kematian keseluruhan berpunca daripada pandemik itu – termasuk kehilangan nyawa akibat kesan sampingannya – akhirnya telah disahkan oleh WHO.

    “Anggaran baharu daripada WHO menunjukkan jumlah kematian keseluruhan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan COVID antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021, adalah kira-kira 14.9 juta (angka antara 13.3 juta hingga 16.6 juta,)” menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan.

    Angka itu mengira apa yang diistilahkan sebagai punca kematian disebabkan krisis COVID, yang melanda hampir keseluruhan kawasan kurang daripada dua tahun.

    “Data yang menyedihkan ini bukan hanya menunjukkan kesan pandemik akan tetapi ia juga keperluan untuk semua negara bagi melabur dalam sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan yang mampu mengekalkan sistem kesihatan semasa krisis, termasuk sistem maklumat kesihatan yang lebih kukuh,” menurut ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Kematian akibat COVID dihitung sebagai perbezaan antara jumlah kematian yang telah terjadi dan jumlah yang bakal dijangkakan semasa ketiadaan pandemik, berdasarkan data daripada tahun sebelumnya.

    Kematian akibat wabak termasuk kematian yang mempunyai kaitan dengan COVID secara langsung, disebabkan penyakit, dan secara tidak langsung disebabkan kesan pandemik terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.

    WHO telah mengisytiharkan wabak COVID sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada 30 Januari 2020, selepas kes baharu koronavirus merebak di luar China. – AFP

    Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata WHO menganggarkan pandemik COVID telah membunuh 13.3 hingga 16.6 juta orang pada 2020 dan 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...