Lebih 140 pelajar cemerlang SMSA diraikan

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 28 NOV – Lebih 140 pelajar Tahun 7 hingga Tingkatan Enam Sekolah Mene-ngah Sayyidina Ali (SMSA) yang cemerlang sepanjang akademik tahun ini telah diraikan pada Majlis Penyampai-an Hadiah Pelajar Terbaik yang diadakan di dewan serba guna sekolah tersebut,
hari ini.

Hadir menyampaikan sijil kepada para pelajar sekolah berkenaan ialah Pengetua Sekolah, Steven Shim Sheau Huei yang turut memberi ucapan tahniah kepada para pelajar atas pencapaian akademik mereka, serta ibu bapa yang berterusan memberi sokongan kepada anak mereka.

Pada majlis itu juga, guru-guru yang bekerja keras menyokong para pelajar mereka tidak terkecuali menerima pelbagai anugerah.

Majlis kemudian diserikan dengan persembahan tausyeh daripada para pelajar Tahun 10 dan 11.

Pengetua SMSA menyampaikan anugerah kepada pelajar yang diiringi ibu bapa dan penjaga mereka.