Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih $14,000 diagihkan kepada anak yatim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Sumbangan berjumlah $14,440 keseluruhannya telah diagihkan kepada seramai 40 orang anak yatim dari Kampung Bunut Perpindahan pada majlis anjuran Jawatankuasa Anak-anak Muda Persatuan Ikatan Belia Bunut (IKERAB), Kampung Bunut Perpindahan yang diadakan secara pandu lalu di kawasan bangunan persatuan tersebut, hari ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pemangku Ketua Kampung Bunut Perpindahan, Haji Durahim bin Hassan serta ahli-ahli persatuan dan penduduk sekitarnya.

    Pengerusi Tetap IKERAB, Pengiran Wahab bin Pengiran Haji Ibrahim ketika ditemui antara lain menjelaskan bahawa majlis sumbangan kepada anak-anak yatim di Kampung Bunut Perpindahan itu diadakan buat kali ke-10 di mana ia merupakan inisiatif ahli Jawatankuasa Anak-anak Muda IKERAB untuk membantu anak-anak yatim dalam persediaan menyambut Hari Raya yang bakal menjelang sekali gus sebagai usaha membantu meringankan beban mereka untuk menampung perbelanjaan seharian.

    Derma yang diagihkan adalah hasil kutipan sumbangan yang dibukakan dari 1 Ramadan pada tahun ini hingga kelmarin.

    Pemangku ketua Kampung Bunut Perpindahan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima secara pandu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...