Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Lebih 150 cedera dalam pertempuran di Baitulmaqdis

    BAITULMAQDIS, 15 APRIL – Lebih 150 orang cedera hari ini dalam pertempuran antara penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, konfrontasi pertama di kawasan itu sejak permulaan Ramadan.

    Polis Israel berkata ‘puluhan lelaki bertopeng’ berarak ke Al-Aqsa membakar mercun sebelum orang ramai melontar batu ke arah Tembok Barat yang dianggap sebagai tapak paling suci orang Yahudi berdoa.

    Saksi-saksi berkata penduduk Palestin membaling batu ke arah pasukan tentera, yang kemudian melepaskan peluru bersalut getah dan bom tangan bunyi.

    Bulan Sabit Merah Palestin berkata, 153 orang telah dimasukkan ke hospital manakala ‘puluhan lagi cedera’ telah dirawat di tempat kejadian.

    Polis Israel berkata tiga pegawai turut cedera.

    Kira-kira 400 orang telah ditangkap, kata Kelab Banduan Palestin, sebuah kumpulan yang menyokong banduan.

    Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada 15 April. – AP

    Pertempuran muncul selepas tiga minggu ketegangan maut berlaku di Israel dan Tebing Barat yang diduduki, ketika festival Passover penganut Yahudi dan acara Easter Kristian bertindih semasa bulan suci Islam, Ramadan.

    Al-Aqsa merupakan tapak suci ketiga dalam Islam manakala penganut Yahudi menggelarnya sebagai Temple Mount.

    Tahun lalu, semasa bulan puasa, pertempuran yang meletus di Baitulmaqdis, termasuk antara pasukan Israel dan Palestin mengunjungi Al-Aqsa, membawa kepada 11 hari konflik antara Israel dan pejuang Islam Hamas, Gaza.

    Utusan perdamaian PBB Timur Tengah, Tor Wennesland menggesa ‘pihak berkuasa di kedua-dua belah pihak untuk segera meredakan situasi dan mencegah sebarang provokasi lanjut daripada pelaku radikal’.

    Namun pengarah masjid Al-Aqsa, Omar al-Kiswani memberitahu AFP bahawa ‘serangan tersebut berlaku di dalam masjid Al-Aqsa’.

    “Lebih 80 belia di dalam masjid tersebut telah dipindahkan,” katanya, menambah: ‘Masjid Al-Aqsa adalah kawasan larangan’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...