Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 150 jemaah sertai Majlis Khatam Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Lebih 150 jemaah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), yang terdiri daripada warga emas, belia dan kanak-kanak termasuk Muslimah masjid di Kampung Sungai Akar dan sekitarnya petang ini menyertai Majlis Khatam Al-Quran bagi Program Membaca Al-Quran 1 Minggu 1 Khatam.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar itu dihadiri oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong selaku penaung MRSB.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Program berkenaan merupakan program membaca Al-Quran sepanjang hayat iaitu pembacaan secara berterusan sampai bila-bila dan diadakan setiap minggu selama 30 minggu dan majlis hari ini merupakan majlis khatam kali ke-18 kali.

    Antara lain tujuan majlis itu adalah untuk menggalakkan semua penduduk untuk sentiasa berdamping dengan Al-Quran dan istiqamah sebagai kesinambu-ngan amalan di bulan Ramadan.

    Majlis kemudian diakhiri dengan Doa Penutup, Doa Keselamatan dan Perlindungan daripada wabak khusus untuk negara dan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh imam masjid, Pegawai Hal Ehwal Masjid MRSB, Haji Symsul Nizam bin Haji Badar.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menyertai Majlis Khatam Al-Quran di MRSB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda