Lebih 150 kakitangan hospital dipecat, letak jawatan

HOUSTON, 23 JUN – Lebih 150 orang pekerja di hospital Houston Methodist, Texas dipecat atau meletak jawatan selepas gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi terus bekerja di sana, menurut jurucakap hospital kelmarin.

Pegawai Houston Methodist memberitahu kakitangannya mereka diperlukan untuk menerima vaksin COVID-19 menjelang 7 Jun atau digantungkan dari bertugas selama dua minggu.

Jurucakap hospital, Gale Smith memberitahu AFP bahawa 153 kakitangan ‘sama ada meletak jawatan dalam tempoh penggantungan’ selama dua minggu atau ditamatkan perkhidmatan hari ini.

Pekerja-pekerja yang kembali patuh semasa tempoh penggantungan akan kembali bekerja sehari selepas mereka mematuhi arahan,” katanya. – AFP

Lebih 150 orang pekerja di hospital Houston Methodist dipecat atau meletak jawatan selepas gagal mematuhi arahan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.- AFP