PARIS, 23 JUN – Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kemusnahan sepenuhnya atau sebahagian daripada 152 buah tapak warisan budaya dan bersejarah di Ukraine sejak serangan Rusia, kata agensi kebudayaan Ukraine kelmarin.
Ia termasuk muzium, monumen, gereja, bangunan keagamaan lain, perpustakaan dan bangunan-bangunan lain. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) berkata, ia merupakan kemas kini dalam usahanya untuk membantu pihak berkuasa Ukraine dalam mendokumentasikan kerosakan.
“Serangan berulang ke atas tapak budaya Ukraine itu mesti dihentikan. Warisan budaya, dalam semua bentuk, tidak boleh disasarkan dalam apa jua keadaan,” kata ketua pengarah UNESCO, Audrey Azoulay dalam satu kenyataan.
Agensinya juga membantu pihak berkuasa Ukraine bagi menandakan mercu tanda dengan ‘perisai biru’ yang tersendiri, bermakna ia dilindungi di bawah konvensyen Hague 1954 mengenai budaya dalam konflik bersenjata, yang telah ditandatangani oleh Rusia dan Ukraine sebelum ini. – AFP
