Lebih 150 penyokong PSG ditahan

PARIS, 24 OGOS – Lebih dari 150 orang telah ditahan ketika penyokong Paris Saint-Germain membakar kereta, memecahkan cermin kedai dan bertempur dengan anggota polis di ibu kota Perancis selepas kekalahan pasukan tersebut dalam aksi final Liga Juara-Juara ke atas Bayern Munich, menurut pihak polis hari ini.

Keganasan berlaku di sekitar stadium Parc des Princes dan Champ-Elysees semasa dan selepas perlawanan Ahad malam, menurut pihak polis menerusi Twitter.

Ribuan penyokong berkumpul di Parc des Princes untuk memberi sokongan kepada PSG, mereka menyalakan suar api dan bersorak ketika menyaksikan kekalahan 1-0 di Lisbon menerusi layar besar.

Meskipun mereka sedang berusaha memerangi jangkitan koronavirus yang kembali meningkat, Perancis hanya membenarkan sehingga 5,000 orang untuk menghadiri acara besar seperti perlawanan sukan, dengan menetapkan garis panduan penjarakan fizikal dan langkah-langkah perlindungan yang lain.

Kekacauan berlarutan selama beberapa jam, ketika sekumpulan penyokong membaling botol dan bunga api ke arah polis yang bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan rusuhan, menurut wartawan AFP.

Di Champ-Elysees, kenderaan telah dibakar, manakala cermin jendela dipecahkan dan kedai-kedai dirosakkan. – AP

Pihak polis Perancis melaporkan lebih 150 orang penyokong Paris Saint-Germain ditahan akibat kekacauan selepas PSG tewas dalam perlawanan final Liga Juara-Juara. – AP