Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih 150 Rohingya diselamatkan

    YANGON, 8 DIS – Lebih 150 orang Rohingya telah diselamatkan dari sebuah bot yang digenangi air dekat pantai Thailand, tentera Myanmar menyatakan hari ini.

    Beribu-ribu orang Rohingya yang kebanyakannya Muslim, tertindas di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha, menggadai nyawa setiap tahun dalam pelayaran laut yang lama dan mahal, kerap dalam bot-bot yang tidak selamat, sebagai percubaan untuk sampai Malaysia atau Indonesia.

    Dalam insiden terkini itu, bot yang membawa 48 orang wanita dan 106 lelaki itu dilihat oleh pelantar minyak luar pantai kira-kira 240 kilometer tenggara pekan Myeik, menurut junta dalam satu kenyataan.

    Pelantar minyak itu, dikendalikan bersama oleh Syarikat Minyak dan Gas Asli Myanmar dan rakan kongsi swasta, mengerahkan dua bot penyelamat sekitar 8 malam tadi, kenyataan itu menambah.

    Tidak jelas bila atau dari mana bot yang membawa 154 orang itu bertolak.

    Bagaimanapun, satu kenyataan junta sebelumnya menyatakan bahawa kumpulan berkenaan datang dari kem pelarian di Bangladesh dan hendak menuju Indonesia.

    Kem pelarian di Bangladesh menempatkan kira-kira satu juta orang Rohingya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...