Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Lebih 1,500 syarikat sertai Ekspo China-ASEAN

    NANNING, 16 SEPT – Ekspo China-ASEAN (CAEXPO)ke-19, dijadual diadakan pada 16 hingga 19 September di Nanning, ibu negeri Rantau Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, telah menarik 1,653 syarikat ke acara fizikalnya.

    Pada masa yang sama, ekspo dalam talian telah menarik penyertaan lebih daripada 2,000 syarikat atau perusahaan. Semasa ekspo, lebih daripada 80 aktiviti promosi pelaburan dan perniagaan serta 21 forum peringkat tinggi akan diadakan dalam dan luar talian untuk mempertingkat kerjasama China-ASEAN dalam ekonomi dan bidang lain, menurut taklimat yang diadakan di Nanning semalam.

    Ekspo itu akan menekankan tema ‘Berkongsi Peluang Baharu NCEP, Membina Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0’, bertujuan menggabungkan platform dialog peringkat tinggi, mempertingkat platform kerjasama profesional dan mempromosi kerjasama pelbagai bidang demi memberikan sumbangan baharu kepada pembangunan komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan bersama, kata Wu Zhengping, ketua biro pembangunan perniagaan Kementerian Perdagangan China.

    Malaysia juga akan menawarkan beberapa siri aktiviti dalam ekspo berkenaan. Sejak Ekspo China-ASEAN diadakan pada 2004, acara itu secara aktif telah membangunkan platform untuk perusahaan ASEAN menembusi pasaran China. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...