Lebih 150,000 kanak-kanak dijangkiti HIV

ABUJA, NIGERIA, 25 NOV – Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Agensi Kawalan AIDS (NACA) Nigeria, Gambo Aliyu berkata hari ini negara itu telah mencapai kemajuan ketara dalam memerangi HIV/AIDS, sejak tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 80,000 kanak-kanak daripada 150,000 menerima rawatan berkala.

Hampir 1.8 juta orang di negara itu dijangkiti HIV, dengan 90 peratus daripadanya tidak menyedari mereka dijangkiti manakala 96 peratus lagi sedang menerima rawatan. – Bernama