Lebih 160 maut dalam tunjuk perasaan

ADDIS ABABA, 5 JULAI – Sekurang-kurangnya 166 orang maut dalam tunjuk perasaan dan keganasan etnik yang berlarutan susulan pembunuhan penyanyi etnik Oromo terkenal, Hachalu Hundessa, pada Isnin lalu.

Kematian Hundessa akibat tembakan oleh penyerang tidak dikenali di Addis Ababa mencetuskan ketegangan etnik yang mengancam peralihan demokrasi negara itu.

“Selepas kematian Hundessa, 145 orang awam dan 11 anggota keselamatan terbunuh dalam rusuhan di wilayah itu,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah Oromia, Girma Gelam dalam kenyataan pada Sabtu. Sepuluh lagi mangsa maut di ibu negara, Addis Ababa.

Girma berkata seramai 167 mangsa mengalami kecederaan parah dan 1,084 orang ditahan. – AFP