Lebih 16,000 lari daripada pergolakan Papua

JAKARTA, 7 OKT – Lebih 16,000 penduduk yang ketakutan telah melarikan diri dari bandar yang dilanda pergolakan di rantau Papua Indonesia, kata tentera hari ini, ketika salah satu letusan keganasan paling maut dalam masa bertahun-tahun mencetuskan gesaan bagi siasatan bebas.

Puluhan orang terkorban apabila keganasan meletus di bandar Wamena bulan lalu, dengan beberapa mangsa dibakar hidup-hidup semasa bangunan dibakar dan yang ditikam dalam kejadian huru-hara itu, menurut pihak berkuasa.

Sejak pertengahan Ogos, Papua telah dilanda oleh gelombang bantahan besar-besaran dan keganasan yang dicetuskan oleh perkauman.

Hari ini, pasukan udara berkata kira-kira 11,400 orang terutama penghijrah telah dipindahkan menggunakan pesawat tentera udara. Beberapa ribu lagi telah meninggalkan bandar itu menaiki pesawat komersial sejak lewat September, tambahnya. – AFP