SEOUL, 8 OGOS – Empat pengeluar kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela menarik semula kira-kira 172,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua.
Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan hari ini berkata BMW Korea akan menarik balik 113,197 unit bagi 98 model berbeza, termasuk BMW 320d kerana modul inflator beg udara yang rosak.
Kesilapan pendawaian pada tempat duduk barisan kedua menyebabkan 43,926 unit dua model termasuk Hyundai Santa Fe ditarik balik.
Kia Corp akan membaiki ketahanan unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) yang lemah dalam 15,763 unit model Soul.
Sementara itu, KGM Commercial akan mengambil tindakan pembetulan ke atas 52 unit model bas elektrik Smart 110E kerana sistem stereng yang rosak.
Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak secara percuma. – Bernama