Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Lebih 18,000 pekerja Amazon dipecat

    WASHINGTON, 5 JAN – Amazon melaporkan kelmarin bahawa ia akan mengurangkan lebih 18,000 pekerjaan daripada tenaga kerjanya, memetik ‘ketidakpastian ekonomi’ dan kenyataan yang syarikat runcit gergasi dalam talian itu telah ‘mengambil ramai pekerja’ di tengah-tengah pandemik.

    “Antara pengurangan yang kami buat pada November dan yang kami kongsikan hari ini, kami merancang untuk menyingkirkan lebih 18,000 tugas,” kata Andy Jassy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada kakitangannya. Syarikat itu telah melaporkan 10,000 pemecatan pada bulan November.

    Jassy berkata kepimpinan syarikat ‘menyedari bahawa pengurangan jawatan-jawatan adalah tidak dapat diterima dengan mudah oleh para pekerja kami, dan bukan mudah untuk kami memutuskan keputusan sedemikian.”

    “Kami berusaha memberi bantuan kepada mereka yang terjejas dan menyediakan pakej-pakej yang menggabungkan bayaran ansuran, faedah insuran kesehatan peralihan, dan bantuan penempatan pekerjaan luaran,” katanya.

    Beberapa pemecatan akan berlaku di Eropah, kata Jassy, termasuk pekerja terjejas yang akan dimaklumkan mulai 18 Januari.

    Fail gambar yang diambil pada 23 September 2021, menunjukkan logo gergasi Amazon AS. – AFP

    Dia mengatakan pengumuman mendadak itu dibuat setelah ‘salah seorang rakan sekerja mereka membocorkan data tersebut’.

    “Tinjauan tahun ini lebih sukar memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan kami telah banyak mengambil pekerja dalam beberapa tahun kebelakangan,” kata Jassy.

    Dia juga mengatakan “Amazon telah mengharungi ekonomi yang tidak menentu di masa lalu, dan kami akan tetap meneruskannya.”

    Kumpulan itu mempunyai 1.54 juta pekerja di seluruh dunia pada penghujung September, tidak termasuk buruh tetap yang disenaraikan di tengah-tengah aktiviti yang meningkat, terutamanya pada musim perayaan.

    Rancangan penghentian pekerjaan yang dibuat Amazon itu adalah yang terbesar dijalankan bagi pengurangan tenaga kerja baru-baru ini yang telah menjejaskan sektor teknologi AS.

    Ia juga yang terbesar dalam sejarah syarikat yang berpangkalan di Seattle.

    Amazon menyaksikan faedah bersihnya menurun 9 peratus dari tahun ke tahun dalam suku ketiga. Dan untuk suku terakhir, Amazon menjangkakan pertumbuhan lemah pada November mengikut piawaiannya, antara 2 dan 8 peratus dalam tempoh setahun, dan keuntungan operasi antara 0 dan 4 bilion dolar, berbanding 3.5 untuk tempoh yang sama 2021. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...