Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 18,000 rakyat Lubnan masuki Iraq

    AMMAN, 10 NOV – Lebih 18,000 rakyat Lubnan telah memasuki Iraq sejak serangan udara Israel ke atas Lubnan bermula pada akhir September, menurut pihak berkuasa Iraq, hari ini.

    “Usaha sedang dijalankan untuk menerima tetamu Iraq daripada warga Lubnan secara berperingkat,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Alaa al-Din al-Qaisi, jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan Sempadan Iraq, yang disiarkan agensi berita rasmi INA.

    Beliau berkata kemasukan itu berikutan arahan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al-Sudani, untuk membenarkan kemasukan tanpa visa bagi rakyat Lubnan.

    Jurucakap itu berkata lebih 18,000 warga Lubnan telah tiba di Iraq sejak 27 September.

    Serangan udara Israel di Lubnan sedang berlangsung sejak akhir September, dengan alasan menyasarkan kedudukan Hizbullah, peningkatan dalam serangan rentas sempadan selama setahun sejak konflik Gaza bermula.

    Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 13,800 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

    Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober. – Bernama

    Para penduduk memeriksa tapak bangunan akibat serangan udara Israel di Tyre, selatan Lubnan pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda