Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Lebih 1,880 penerbangan ditunda di AS

    WASHINGTON, 28 NOV – Lebih 1,800 penerbangan di Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditunda semalam berikutan cuaca buruk.

    Data FlightAware menunjukkan sehingga petang semalam, sebanyak 1,886 penerbangan telah ditunda manakala 55 lagi dibatalkan membabitkan penerbangan keluar dan masuk, menurut United Press International (UPI).

    Hari Ahad selepas perayaan Thanksgiving menjadi satu daripada hari paling sibuk dalam setahun. Terdapat 2,268,189 pengembara mendaftar masuk ke pusat pemeriksaan Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan pada Sabtu, lebih ramai berbanding 2019 dan sebelum pandemik COVID. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...