Lebih 19,000 kes positif COVID-19 di Indonesia

JAKARTA, 20 MEI – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 19,000 dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,242 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak 693 lagi kes positif baharu virus itu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu kini 19,189 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 21 lagi kematian berlaku, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,242 orang,” katanya. – Bernama