Lebih 20 ekor kucing rentung

ORLANDO, FLORIDA, 16 SEPT – Lebih 20 ekor kucing mati apabila kebakaran meletus di sebuah pusat perlindungan haiwan Orlando, kata para pegawai.

Anggota Bomba Mukim Orange mengesan api ‘berkepul-kepul keluar dari bumbung’ semasa tiba di pusat itu jam 10:21 malam semalam, kata agensi itu dalam Twitter.

Steve Bardy, pengarah eksekutif Pet Alliance Greater Oerland, menggelar kebakaran itu bagai ‘mimpi ngeri terburuk’.

Dia memberitahu siaran berita yang kru penyelamat dapat menyelamatkan kesemua 25 anjing di pusat itu. Haiwan-haiwan itu terletak jauh daripada bahagian terbakar, katanya.

“Kelihatannya kebakaran itu bermula di hadapan bangunan klinik itu yang membuat anggota bomba sukar untuk mencapai ke bilik kucing,” kata Bardy kepada siaran berita di tempat kejadian.

“Jika anda menguruskan tempat ini, ini adalah mimpi paling buruk melihat bangunan anda terbakar apalagi adanya haiwan-haiwan yang anda jaga di sana dan anda tidak dapat masuk untuk menyelamatkannya,” katanya.

Kira-kira sebahagian bangunan itu musnah teruk akibat kebakaran yang puncanya belum lagi diketahui.

Anjing-anjing dan beberapa ekor kucing yang terselamat telah dibawa ke pusat perlindungan Pet Alliance di Sanford, kata pegawai.

Bardy berkata dia tidak pasti jumlah sebenar kucing yang ada dalam pusat itu, kelmarin, namun jumlahnya mungkin sebanyak 35 ekor. Sebanyak 10 ekor kucing berjaya diselamatkan namun beberapa lagi tidak selamat, katanya. – AP