Lebih 20 maut Hagibis badai Jepun

TOKYO, 13 OKT – Sekurang-kurangnya 26 orang terkorban akibat Taufan Hagibis, lapor media tempatan hari ini, sehari selepas ribut kuat melanda Jepun, membawa hujan lebat dan banjir teruk.

Lebih 100,000 anggota menyelamat, termasuk 31,000 tentera, sedang bekerja sehingga malam untuk menyelamat orang yang terperangkap selepas hujan lebat mencetuskan runtuhan tanah dan membanjiri sungai sehingga memecah tebing mereka.

Pemusnahan memaksa Piala Ragbi Dunia membatalkan perlawanan ketiga, walaupun perlawanan Jepun-Scotland dikatakan selamat diadakan.

Ribut itu bergerak keluar pada pagi ini, dan sementara ia tidak banyak menjejas ibu negara, ia meninggalkan kesan pemusnahan di kawasan sekitarnya.

Kerajaan meletak angka kematian pada 14, dengan 11 orang hilang, namun penyiar NHK melaporkan 24 orang telah terbunuh dengan media tempatan melaporkan 15 masih hilang.

Tebing sungai pecah di hampir satu dozen lokasi, termasuk di kawasan tengah Jepun Nagano, di mana tetambak pecah menyebabkan air dari sungai Chikuma membanjiri kawasan rumah sehingga paras tingkat kedua.

Hagibis melanda pulau Honshu pada malam semalam sebagai salah satu taufan paling ganas dalam beberapa tahun, dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam. Ribut itu membunuh mangsa pertamanya walaupun sebelum mendarat, apabila angin kencang menterbalikkan sebuah kereta, membunuh pemandunya. – AFP

Kereta terkandas di sebatang jalan apabila bandar ditenggelami dalam air berlumpur selepas tebing Sungai Chikuma pecah di Nagano, tengah Jepun, kelmarin. – AP