Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Rahwani Zahari
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, Syarikat Cityneon Sdn Bhd telah mengadakan kempen derma darah kali ke-3 yang berlangsung di ibu pejabatnya di Perindustrian Beribi.
Lebih 20 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen tersebut yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Antara yang menyertai kempen ialah para kakitangan syarikat dan jemputan khas.
Kempen yang bermula jam 8 pagi sehingga tengah hari itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang juga bertujuan untuk menanam sifat keprihatinan terhadap individu yang memerlukan darah.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mereka yang menderma darah serta meningkatkan lagi jumlah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital RIPAS sebelum menjelang Ramadan dan seterusnya untuk membantu pesakit yang memerlukannya.