Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lebih 20 sertai bengkel membuat mi

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 NOV – Lebih 20 peserta dari sekitar Kampung Sungai Teraban telah menyertai bengkel membuat mi kuning dan mi kolo anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban yang diadakan kelmarin di balai raya kampung berkenaan.

    Bengkel berkenaan bertujuan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan MPK untuk membantu mempromosikan perniagaan tempatan, kerana pengetahuan dan kemahiran yang diberikan sepanjang tempoh bengkel akan membantu untuk menambah perniagaan sedia ada serta menyediakan sumber pendapatan baharu penduduk kampung.

    Dalam pada itu, bagi membantu memudahkan bengkel tersebut, pihak MPK telah menjemput ahli daripada PSK Perusahaan SHIDA, Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Haji Zainin yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam membuat pelbagai jenis mi.

    Semasa bengkel berkenaan, para peserta diberikan taklimat ringkas untuk memperincikan resipi yang akan digunakan sepanjang bengkel sebelum bergerak ke dapur balai raya.

    Bahagian praktikal bengkel kemudian menyaksikan peserta mula mempelajari teknik membuat doh mi hingga membentuk dan menghiris doh menjadi helaian, sebelum membungkusnya dengan betul bagi memastikan ia dapat disimpan dengan selamat.

    Di akhir bengkel, para peserta telah menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Guru Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Sungai Teraban, Pengiran Amal Umi Kalsum binti Pengiran Haji Zairian.

    MPK Sungai Teraban berharap bengkel berkenaan dapat memberi inspirasi kepada penduduk untuk membuat mi versi mereka sendiri, yang bukan sahaja membantu menyokong perniagaan kecil yang sedia ada di kampung itu malah dapat memulakan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) baharu selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk memajukan lagi sosioekonomi negara.

    Antara peserta yang mengikuti bengkel berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...