Lebih 20 sertai SEADRC 2019

Gambar daripada SEADRC

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Lebih 20 pengendali dron dari rantau ini telah bersaing dalam Kejohanan Perlumbaan Dron Asia Tenggara (SEADRC): Terbuka Serantau 2019 yang berlangsung di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, baru-baru ini.

Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh The Dojo Studio & JRA Barakah Sdn Bhd dengan kerjasama Hyperdrive Hobby serta ditaja oleh Boustead Sdn Bhd: Suzuki Brunei, Nissan Brunei dan Red Bull.

Diadakan semasa Boustead Fun Fest Weekend, kejohanan berkenaan juga disokong oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan sempena Festival Disember Brunei 2019, serta Dart Brunei dan Suci Water.

Pada majlis berkenaan, penyampaian sijil penyertaan kepada para pengendali dron telah disempurnakan oleh Eksekutif Jualan Nissan, Awang Mohd Arif bin Aliudin dan Eksekutif Jualan Suzuki, Wong Kai Choon.

Awang Mohd Arif menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
Wong Kai Choon menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.