KUCHING, 1 OGOS – Lebih 20 tan bantuan makanan telah diagihkan di kawasan Parlimen Santubong sejak minggu lepas kepada keluarga yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta mereka yang menjalani kuarantin di rumah.
Setakat ini lebih 3,000 keluarga melibatkan lebih 13,000 penduduk dari Tabuan Melayu, Bintawa Hilir dan beberapa kampung lain di kawasan berkenaan telah menerima bekalan makanan daripada ahli parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata setiap isi rumah menerima pek makanan barangan keperluan termasuk makanan dalam tin serta daging dan ayam segar. – Bernama