Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Lebih 20 terkorban pasar dibedil

    WAD MADANI, 6 NOV – Lebih 20 orang terbunuh semalam selepas sebuah pasar di pinggir bandar Khartoum terkena bedilan peluru, menurut kenyataan sebuah jawatankuasa peguam pro-demokrasi.

    Kejadian itu adalah pertumpahan darah terbaharu sejak pertempuran April lalu antara ketua tentera, Abdel Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Daglo, yang mengetuai Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

    Jawatankuasa peguam pro-demokrasi berkata peluru itu kena di kawasan pasar di Omdurman ketika pertempuran sengit antara kedua-dua pihak.

    “Lebih daripada 20 orang awam terbunuh dan ramai yang lain cedera,” menurut kenyataan yang dihantar kepada AFP. Jawatankuasa itu memantau pencabulan hak asasi semasa konflik serta mangsa awam.

    Sabtu lalu, sumber perubatan berkata seramai 15 orang terkorban susulan sebuah rumah di Khartoum terkena tembakan.

    Kawasan Omdurman itu sering menjadi medan pertempuran sengit antara kedua-dua pihak. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...