Lebih 20 warga JBP terima suntikan vaksin

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Seramai 24 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Medical Reception Services, kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, pegawai dan anggota JBP telah dijadualkan untuk menerima vaksin secara berfasa selaku petugas barisan hadapan.

Kenyataan menyatakan bahawa penerimaan vaksin berkenaan adalah antara salah satu langkah perlindungan melalui kaedah dengan meningkatkan imunisasi ketahanan tubuh badan daripada jangkitan COVID-19.

Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19. – Gambar serahan JBP