Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200 berentap dalam kejohanan karate

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Lebih daripada 200 peserta menguji kemahiran mereka dalam Kejohanan Karate Terbuka RKBD Tahun Persahabatan Jepun-Brunei ke-40, 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di ibu negara bermula hari ini hingga 1 Disember.

    Kejohanan karate itu dianjurkan oleh Rengokai Karate Brunei Darussalam (RKBD) dengan majlis pembukaan kejohanan dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Kejohanan yang dibenarkan oleh Persatuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF), diluluskan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, menyaksikan penyertaan daripada lebih 200 peserta iaitu kira-kira 170 peserta tempatan dan kira-kira 40 peserta dari luar negara.

    Kejohanan itu disertai oleh para peserta dari kelab-kelab tempatan iaitu RKBD, International Karate Gojukai Association Brunei Darussalam, Shitokai Kuala Belait, Shitoryu Karate Association Brunei Darussalam Shotokai Karate Brunei Darussalam, Wadokai Karate Brunei Darussalam dan Persatuan Karate Shotokan Brunei (BSKA) dari Sekolah Sukan serta sebuah kelab luar negara iaitu LCF Goshinryu Miri (Malaysia).

    GAMBAR OLEH JAMES KON
    Para peserta bergambar ramai semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda