Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih 200 hadiri taklimat Anti-Scam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Seramai 250 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penting di negara ini telah menghadiri sesi taklimat mengenai Anti-Scam Talk yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Gadong.

    Taklimat tersebut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Siasatan Jenayah, PPDB, ACP Haji Azree bin Haji Abdul Manaf selaku tetamu kehormat.

    Antara yang terlibat menyertai sesi taklimat tersebut termasuklah para pegawai dan anggota PPDB, Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PTABDB), Pejabat Peguam Negara, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), wakil-wakil dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Baiduri, Maybank, RHB Bank, Bank Standard Chartered, United Overseas Bank, Bank of China, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Cyber Security Brunei (CSB), Information Technology Protective Security Services (ITPSS), dan Brunei Computer Emergency Response Team (BruCert).

    Taklimat yang dikendalikan oleh Pasukan Polis Singapura tersebut merupakan langkah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu penipuan kewangan yang semakin berkembang.

    Dalam ucapannya, ACP Haji Azree berharap taklimat itu dapat memberi inspirasi bagi perbincangan di antara agensi terlibat dalam menangani penipuan yang semakin meluas.
    Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Perintah Anti Penipuan, Jabatan Hal Ehwal Perdagangan, Pasukan Polis Singapura, DAC Aileen Yap.

    Secara ringkasnya, DAC Aileen Yap percaya penipuan sementara tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, salah satu strategi yang berkesan adalah meningkatkan kos operasi sindiket penipuan dan pada masa yang sama mengurangkan keuntungan yang mereka peroleh.

    Pendekatan holistik daripada semua komuniti dan masyarakat harus diambil dalam memerangi penipuan dan semua pihak digesa untuk bersatu dalam melawan isu penipuan kewangan melalui kerjasama yang rapat dengan pihak-pihak berkepentingan seperti bank, Pejabat Peguam Negara, sektor kewangan, sektor swasta, dan agensi keselamatan siber.

    Taklimat itu juga berkongsi pelbagai amalan terbaik dalam memerangi penipuan serta bagaimana pihak-pihak berkepentingan dapat membantu dan menangani jenayah penipuan ini, seperti langkah yang diambil oleh Pasukan Polis Singapura.

    ACP Haji Azree semasa bergambar ramai pada acara tersebut di Bangunan Kompleks Ibu Pejabat PPDB, Gadong. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...