Lebih 200,000 rumah di Australia bergelap

MOSCOW, 29 OKT – Lebih 200,000 isi rumah terputus bekalan elektrik akibat ribut yang melanda Victoria, Australia, lapor Sputnik, memetik Menteri Tenaga Lily D’Ambrosio pada Jumaat.

“Masih terdapat beberapa kawasan terputus bekalan elektrik. Krew sedang berusaha untuk membaiki kerosakan,” ciap D’Ambrosio.

Angin kencang dan hujan turut menyebabkan rumah rosak serta jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan di Melbourne terjejas. Perdana Menteri Daniel Andrews menasihatkan penduduk untuk duduk di rumah dan sentiasa berwaspada terhadap cuaca ekstrem. – Bernama