Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Lebih 200,000 terputus bekalan elektrik akibat puting beliung

MOSCOW, 3 MAC – Lebih 200,000 pengguna terputus bekalan elektrik di Texas Amerika Syarikat (AS) akibat puting beliung, lapor Sputnik memetik data perkhidmatan pemantauan PowerOutage.us.

Setakat 11:40 malam waktu tempatan pada Khamis, data menunjukkan sejumlah 206,676 pelanggan mengalami gangguan bekalan elektrik. Ahli meteorologi mengaitkan bencana alam semula jadi ini dengan faktor sama yang menyebabkan salji tebal di California pada Februari lalu.

Keadaan cuaca buruk juga menyebabkan pembatalan 462 penerbangan di Texas pada malam Khamis, menurut data FlightAware. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -