Lebih 200kg dadah dirampas di Vietnam

HO CHI MINH, 23 FEB – Polis di Bandar Ho Chi Minh menumpaskan tiga sindiket pengedar dadah dalam dua bulan pertama 2021 dan merampas 217 kilogram dadah pelbagai jenis, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Menurut polis bandar itu, pihaknya mengesan tiga sindiket pengedar dadah dari Kemboja ke HCM City pada awal tahun.

Pada 30 Januari ia menahan tiga suspek dan 22 kg metamfetamin. Keesokannya, polis menahan empat lagi suspek dan 50 kg metamfetamin, pada 2 Februari ia merampas 90 bungkus heroin lagi dirampas serta kira-kira 100,000 tablet ekstasi, 70 kg metamfetamin, 5 kg ketamin dan 35 peluru, selain menahan dua lagi suspek.

Siasatan lanjut sedang dijalankan. – Bernama