YANGON, 14 MEI – Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 26.4 kilogram (kg) heroin di wilayah tengah ne-gara itu, Mandalay, lapor Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah baru-baru ini.
Bertindak atas maklumat yang diterima, polis antinarkotik menggeledah karung yang dipindahkan dari satu kenderaan ke kenderaan lain di stesen bas di Mandalay pada 7 Mei. Mereka merampas 26.4kg heroin dalam bekas sabun.
Lima suspek telah ditangkap untuk kes itu, dan narkotik yang dirampas bernilai kira-kira 660 juta kyat (lebih AS$314,285), menurut laporan itu.
Suspek didakwa di bawah Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik negara, dan siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya. – Xinhua
