Lebih 24,000 banduan dibebaskan

YANGON, 17 APRIL – Myanmar akan membebaskan hampir 25,000 banduan menerusi proses pengampunan sempena sambutan Tahun Baharu traditional negara itu, umum pejabat Presiden, hari ini.

Presiden, Win Myint berkata, seramai 24,896 banduan dari seluruh negara itu dibebaskan tanpa sebarang syarat sebagai tanda keprihatinan mengenai kebimbangan pelbagai pihak berikutan penularan wabak COVID-19.

Myanmar berdepan isu kesesakan tahanan di penjara sehingga dan jumlah banduan diberi pengampunan sempena Tahun Baharu tradisional negara itu adalah yang tertinggi setakat ini.

Ia muncul ketika pemerintah di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS), sebahagian Eropah, dan Colombia yang bergelut masalah sama seterusnya bimbang berlakunya wabak COVID-19 dalam sel tahanan.

Setakat ini, angka rasmi 85 kes COVID-19 dilaporkan di Myanmar, termasuk empat kematian, tetapi pakar bimbang jumlah kes sebenarnya jauh lebih banyak kerana jumlah yang diuji rendah.

Seluruh negara itu melaksanakan perintah berkurung, namun menerima tekanan untuk membebaskan tahanan penjara daripada Human Rights Watch (HRW) yang mengatakan keadaan `penjara yang sangat sesak dan tidak bersih’. – AFP