Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lebih 241kg sampah dikumpul

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Progresif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Lebih 111 orang peserta terdiri daripada Alumni Shell LiveWIRE Brunei dan kakitangan Progresif serta orang ramai telah mengambil bahagian dalam kempen membersihkan pantai yang berlangsung di Pantai Muara pada 23 September lalu.

    Kempen membersihkan pantai berkenaan merupakan salah satu kempen Adopt-A-Beach Shell LiveWIRE Brunei, projek kemasyarakatan bertujuan untuk memperkasakan individu semua peringkat umur supaya sama-sama menyertai dalam pemuliharaan persekitaran marin dan juga komited untuk memastikan kebersihan Pantai Muara bagi tempoh satu tahun menerusi siri kempen membersihkan pantai setiap suku tahun.

    Kempen itu disertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Nur Ezira Mahadi; Pengurus Nilai Dalam Negara, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan Pengerusi Shell LiveWIRE Brunei, Hajah Rosita binti Haji Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Mohd Jaafar dan Ketua Komunikasi dan Pemasaran Korporat Dynamik Technologies, Awang Mohamad Faizul bin Haji Yahya.

    Turut serta dalam kempen berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Dynamik Technologies Sdn Bhd, Shell LiveWIRE Brunei dan Progresif serta juga pelajar-pelajar daripada institusi pengajian tinggi.

    Kempen Adopt-A-Beach yang ketiga itu merupakan usaha sama di antara Shell LiveWIRE Brunei dan Progresif Sdn Bhd di mana lebih daripada 241 kilogram sampah telah dikumpulkan dan dilupuskan dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan serta Persatuan Beach Bunch.

    Selain memperkenalkan gaya hidup mampan dan menanamkan kesedaran dalam melupuskan sisa buangan dengan bertanggungjawab, inisiatif berkenaan juga dihasratkan untuk mendedahkan isu pengurusan sisa buangan yang tidak betul dan meningkatkan kesedaran mengenai amalan pengurusan sisa buangan yang betul.

    Bagi Progresif, sebagai sebuah syarikat yang komited untuk mencatat kemajuan bagi alam sekitar, mereka tidak pernah melepaskan peluang untuk mengotakan kata-kata mereka kepada tindakan.

    Di samping tunggak tanggungjawab sosial korporat strategik pendidikan, seni dan kebudayaan serta keusahawanan, Progresif juga tekun melaksanakan inisiatif-inisiatif alam sekitar sejak 2015.

    Antara yang menyertai kempen kebersihan tersebut.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...