Lebih 250 sertai kayuhan amal
PASIR PUTEH, 25 Dis – Lebih 250 peserta menyertai kayuhan amal sejauh 40 kilometer untuk mengumpul dana bagi membantu kempen mempertahankan Baitulmaqdis daripada dikuasai pelampau Yahudi di sini, hari ini. Acara anjuran UMNO bahagian Pasir Puteh, Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dan Masjid Ibrahimi itu bermula dari perkarangan masjid berkenaan ke Balai Polis Cherang Ruku


































