Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lebih $26,000 wang zakat diagihkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Dalam usaha berterusan Jabatan Majlis Ugama Islam (MUIB) untuk meringankan beban asnaf fakir dan miskin di negara ini, sebanyak $26,130 telah diagihkan kepada 50 orang asnaf fakir dan miskin di Daerah Tutong pada Majlis Penyampaian Agihan Wang Zakat Tunai yang diadakan di Masjid Kampung Keriam hari ini

    Penyampaian agihan zakat wang tunai tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) selaku ahli MUIB, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Peruntukan zakat wang tunai ini diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir dan Miskin melalui kutipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta tahun 1442 Hijrah / 2021 Masihi yang berjumlah $18,894,594.76.

    Terdahulu sebelum itu, acara tadarus Al-Quran rombongan pegawai dan kakitangan KHEU sempena bulan Ramadan ke masjid, surau dan balai ibadat yang terpilih bagi Tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi telah diadakan di masjid berkenaan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan Tadabbur Al-Quran oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin.

    Acara diteruskan dengan tadarus Al-Quran, diikuti bacaan tahlil dan Doa Arwah dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis Khatam bagi rombongan tadarus Al-Quran pegawai dan kakitangan KHEU akan diadakan di Masjid Kampung Belimbing Subok pada 21 April nanti.

    Haji Mohd Serudin menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Keriam kelmarin.
    Tetamu kehormat bersama pegawai KHEU semasa acara tadarus di masjid berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...