Lebih 282 pendaki sertai Challenge Urself

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Lebih 282 orang peminat aktiviti mendaki bukit telah menyertai aktiviti Challenge Urself – Sarubing ke Marakucing yang bermula dan berakhir di Taman Riadah Tasik Sarubing, Kampung Belimbing pagi tadi.

Acara yang dianjurkan oleh Winners Fitness Brunei dengan kerjasama Hsn Fitness, disokong oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing, BDARA, Maduku_BN dan Brunei Hikers tersebut membabitkan aktiviti pendakian sejauh kira-kira 4.5 km, sekali gus memperkenalkan Taman Tasik Sarubing sebagai destinasi riadah dan beristirahat sesuai bagi orang ramai dari dalam dan luar negeri.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kejiranan Kampung (MPKK) Belimbing, Awang Daud bin Jihan,

Antara tujuan aktiviti riadah mesra keluarga ini adalah untuk menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan warga yang sihat, cergas dan aktif selain sebagai satu cabaran kepada pencinta aktiviti pendakian bukit dalam aktiviti tersebut.

Tetamu kehormat dan penganjur bergambar ramai bersama para pendaki selepas aktiviti tersebut.