Lebih 29 juta kes covid-19 dicatat

PARIS, 15 SEPT – Wabak koronavirus telah mengorbankan sekurang-kurangnya 929,391 orang sejak penularan yang berlaku di China Disember lalu, menurut perkiraan rasmi dari pegawai sumber yang dikumpulkan oleh AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya 29,329,390 kes koronavirus telah dicatatkan. Dari kes tersebut, sekurang-kurangnya 19,536,900 kini dianggap sembuh.

Perkiraan, menggunakan pengumpulan data oleh AFP dari pihak berkuasa kebangsaan dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya menggambarkan sebilangan dari angka jangkitan sebenar.

Kebanyakan negara yang menjalani ujian hanya kepada mereka yang mempunyai gejala sahaja atau kebanyakan kes misteri.

Kelmarin, 4,433 kematian baharu direkodkan dan 269,352 kes baharu telah dicatatkan di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian tertinggi adalah India dengan 1,054 kematian baharu, diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 410 kematian sementara Brazil dengan 381 kematian.

Pegawai perubatan India melakukan ujian COVID-19 ke atas penduduk. COVID-19 telah mengorbankan sekurang-kurangnya 929,391 orang sejak mula dikesan di China Disember lalu. – AP

AS menjadi negara yang paling te-ruk terjejas dengan 194,545 kematian dari 6,555,243 kes. Sekurang-kurannya 2,474570 orang telah disahkan sembuh.

Selepas AS, Brazil menjadi negara kedua yang paling terkesan dengan 132,005 kematian dari 4,345,610 kes, sementara India dengan 80,776 kematian dari 4,930,236 kes.

Sementara itu, Mexico mencatatkan 71,049 kematian dari 671,716 kes, dan diikuti oleh United Kingdom dengan 41,637 kematian dari 317,125 kes.

Negara yang mencatat kematian tertinggi dengan membandingkan jumlah penduduknya ialah Peru dengan 93 kematian per 100,000 orang, diikuti oleh Belgium 986), Sepanyol 64, Bolivia 63 dan Chile 63.

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini mengumumkan 85,202 kes (8 kes baharu sejak Isnin), termasuk 4,634 kematian dan 80,426 dilaporkan sembuh.

Amerika Latin dan Caribbean keseluruhannya mencatatkan 312,071 kematian dari 8,330,243 kes, Eropah 222,016 kematian dari 4,560,434 jangkitan, dengan AS dan Kanada melaporkan 203,756 kematian dari 6,692,491 kes.- AFP