Lebih 3 juta lagi fail faedah pengangguran

WASHINGTON, 30 APRIL – Sekitar 3.84 juta lagi pekerja AS memfailkan faedah pengangguran minggu lalu dan jumlahnya kini mencecah 30 juta dalam masa enam minggu, menurut data Jabatan Buruh yang disiarkan hari ini.

Laporan bagi seminggu itu berakhir 25 April menunjukkan penurunan dalam bilangan orang yang memohon faedah tidak bekerja, namun parasnya lebih banyak daripada 230,000 tuntutan awal pada minggu sama 2019.

Walaupun kerajaan berusaha untuk mengembangkan faedah-faedah dan memberi bantuan kepada perniagaan kecil-kecilan untuk membayar pekerja mereka menerusi Program Perlindungan Paycheck dan langkah lain, purata bagi empat minggu lalu telah meningkat lebih lima juta.

Dengan pejabat-pejabat pengang-guran kerajaan dipenuhi oleh para pemohon, melimpahi sistem komputer mereka, ramai yang tidak dapat memfailkan tuntutan atau tidak menerima keputusan.

Sejumlah pekerja yang sebenarnya menerima faedah tidak bekerja meningkat lebih 2.2 juta dalam masa seminggu kepada 17.99 juta, “paras tertinggi pengangguran dilindungi yang dilaraskan secara bermusim dalam sejarah siri penyelarasan bermusim,” menurut laporan.

Sementara data tuntutan tidak bekerja tidak berhubung kait langsung dengan laporan pengangguran bulanan, peningkatan terhadap mereka yang kehilangan kerja adalah petunjuk baik kepada berita buruk yang akan datang. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 23 April menunjukkan pekerja pembinaan di tapak bangunan baharu Los Angeles, California. Sekitar 3.84 juta lagi pekerja AS memfailkan faedah pengangguran minggu lalu. –AFP