PHNOM PENH, 16 Dis, – Kemboja merampas lebih daripada 3.2 tan gading gajah yang tersembunyi di dalam bekas penyimpanan yang dihantar dari Mozambique, kata seorang pegawai kastam hari ini, menandakan rampasan gading terbesar di negara ini.
Rampasan kelmarin yang berjumlah 1,026 gading di Pelabuhan Autonomi Phnom Penh itu adalah hasil bantuan dari kedutaan AS, kata pegawai itu, memandangkan Kemboja sebagai sebuah negara transit utama bagi perdagangan berbilion dolar dalam hidupan liar haram.
“Gading gajah tersembunyi di antara marmar dalam bekas yang ditinggalkan,” kata Sun Chhay, pengarah Pejabat Kastam dan Eksais di pelabuhan itu kepada AFP.
Beliau berkata gading itu dihantar dari negara Afrika selatan Mozambique dan tiba di pelabuhan tahun lepas.
Pemilik yang tidak dikenali tidak tiba untuk mengendalikan kargo tersebut.

Gambar-gambar menunjukkan sebahagian rampasan yang dilihat di kawasan pelabuhan tersebut.
Sun Chhay berkata beliau tidak tahu sama ada penghantaran itu adalah untuk pasaran di negara lain.
Permintaan dari China dan Vietnam telah mendorong pertumbuhan penyeludupan hidupan liar haram melalui Kemboja.
Penguatkuasaan undang-undang dan rasuah yang lemah telah mendorong penyeludup hidupan liar.
Gading digunakan khas untuk tujuan kecantikannya manakala pasaran dalam perubatan tradisional mendorong mereka menyeludup tanduk badak dan sisik tenggiling.
Kemboja mempunyai populasi gajah kecil tetapi kini ia dijadikan sebagai hab pemerdagangan baharu.
Rampasan terbesar sebelum ini berlaku pada tahun 2014, apabila kastam Kemboja merampas kira-kira tiga tan gading yang tersembunyi di dalam penyimpanan kacang di pelabuhan barat daya Sihanoukville.
Tahun lepas, Kemboja juga merampas hampir satu tan gading yang tersembunyi di dalam kontena kosong yang ditemui di kawasan penyimpanan yang terbengkalai, dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Mozambique. – Xinhua































