Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lebih 30 hadiri perjumpaan pengakap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Lebih 30 orang guru pengawas dan pemimpin-pemimpin pengakap menghadiri perjumpaan bagi guru-guru pengawas dan pemimpin pengakap sekolah-sekolah menengah dan maktab senegara yang berlangsung di Bilik Latihan 1, Lifelong Learning Centre, RPN Kampung Lambak Kanan, kelmarin.

    Menurut kenyataan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), di sini, perjumpaan itu diadakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan melalui Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan (UBPK) dengan kerjasama PPNBD.

    Perjumpaan turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan (UBPK), Hajah Rosediana binti Haji Hidop, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap dan pegawai-pegawai UBPK.

    Pada perjumpaan itu, penerangan latar belakang kegiatan Pengakap, statistik keahlian Pengakap yang berdaftar di UBPK telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras Pengakap UBPK, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi.

    Perjumpaan turut mendengarkan Taklimat Persediaan Kursus Kepimpinan Pengakap Remaja yang akan dijalankan pada 3 hingga 5 September, disampaikan oleh Pesuruhjaya Latihan PPNBD, Awang Zainudin bin Haji Ishak, dan pelbagai kursus pengakap yang boleh diikuti serta sesi soal jawab.

    Setelah hampir tiga tahun tidak dapat menjalankan sebarang kegiatan secara bersemuka dan mengadakan perkhemahan akibat pandemik COVID-19 dan dengan negara telah beralih ke Fasa Endemik, PPNBD menyatakan bahawa pelbagai kegiatan telah dirancang berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

    Guru-guru pengawas dan pemimpin pasukan pengakap bergambar ramai bersama Haji Awang Badar dan Hajah Rosediana. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...