Lebih 30 maut dipanah petir

NEW DELHI, 22 JULAI – Lebih 30 orang telah terkorban dan beberapa orang lain cedera disebabkan petir dalam tempoh 24 jam lalu di negeri utara India Uttar Pradesh, lapor media tempatan hari ini.

Tujuh orang kehilangan nyawa mereka di Kanpur dan Fatehpur, lima di Jhansi, empat di Jalaun, tiga di Hamirpur, dua di Ghazipur dan setiap seorang di daerah Jaunpur, Pratapgarh, Kanpur Dehat dan Chitrakoot.

Sekurang-kurangnya 13 orang cedera di negeri itu, katanya.

Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath telah menyampaikan ucapan takziah atas kematian dan mengumumkan wang berjumlah kira-kira AS$5,714 diberikan kepada keluarga setiap mangsa.

Penasihat media kepada ketua menteri negeri Mrityunjay Kumar memberitahu Xinhua menerusi telefon, “Masih terlalu awal untuk memberikan butir-butir mengenai kejadian petir memandangkan mereka hanya berlaku semalam di pelbagai tempat dalam negeri. Kami sedang berkomunikasi dengan pegawai daerah di mana kejadian petir berlaku untuk mendapatkan butir lanjut.” – Xinhua