Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 30 April – Bagi menggalakkan ahli-ahlinya bergiat aktif dalam sukan berbasikal, lebih 30 orang ahli Kumpulan BEST dan Kumpulan Santai-santai Riders (SSR) telah menyertai beberapa aktiviti riadah berbasikal bersempena Kiudangku Ceria yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang bertempat di kampung tersebut, baru-baru ini. Pelancaran riadah berbasikal sejauh 15 kilometer yang dimulakan dari Gerai Muafakat Kampung Kiudang menuju ke Gong Tiga Kampung Lamunin telah disempurnakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung yang juga selaku penasihat MPK Kiudang.
Dengan adanya acara tersebut, ia secara tidak langsung mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para penggemar aktiviti berbasikal, di samping menggalakkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.