Lebih 300 bangunan musnah ditelan lahar

LOS LLANON DE ARIADANE, 22 SEPT – Lahar tebal merah menyala terbentang luas, mengalir menuruni cerun gunung di pulau La Palma, Sepanyol telah memusnahkan 320 bangunan dan lebih 154 hektar tanah, menurut balai cerap Eropah hari ini.

Jumlah kerosakan harta benda merupakan dua kali ganda berbanding yang diberikan 24 jam lalu oleh Copernicus yang menggunakan radar imej langit memantau keluasan aliran lahar dan mengemaskinikannya di Twitter.

Gunung berapi Cumbre Vieja yang meletus pada Ahad lalu, terletak di antara rabung di selatan pulau La Palma, salah sebuah daripada tujuh pulau di pulau utama Canary Island, gugusan kepulauan Atlantik yang terbentang di pesisir Maghribi.

Pakar menjangkakan skala kerosakan meningkat dalam masa beberapa jam akan datang ketika banyak batu-batu panas mengalir ke arah pesisir barat pulau tersebut.

Pakar menjangka skala kerosakan meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika batu panas yang bergerak perlahan, meluncur turun menuju ke pantai barat pulau.

Lahar dari gunung berapi Cumbre Vieja meletus dan mengalir menuruni cerun gunung, memaksa sejumlah penduduk berhampirannya segera berpindah. – AP

“Dalam masa beberapa jam lalu, pergerakannya telah menjadi perlahan, ia kini bergerak pada 300 meter sejam, mungkin kurang disebabkan ia telah sampai ke kawasan mendatar tetapi ketinggiannya masin bertambah,” beritahu David Calvo, pakar dari institut vulkanologi Involcan, kepada AFPTV.

“Terdapat kawasan di mana lahar telah pun mencecah 15 meter tebal.”

Sekiranya lahar, yang mempunyai suhu 1,100 darjah Celsius, terus mengalir pada kelajuan sama, ia akan sampai ke laut pada lewat hari ini atau esok, katanya, mengingatkan ia akan memberikan kesan letusan.

“Timbulnya pertembungan kuat di antara air dan lahar. Dengan perbezaan suhu yang ketara, ia mencetuskan letupan besar dan serpihan lahar akan meledak keluar seperti misil.”

Letusan di pulau yang mempunyai 85,000 penduduk, yang pertama dalam 50 tahun, telah memaksa pemindahan 6,000 penduduk, tetapi tidak ada sesiapa yang cedera setakat ini.

Involcan percaya letusan La Cumbre Vieja mungkin berterusan ‘di antara 24 dan 84 hari’. – AFP