Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih 300 rekrut ABDB tamat latihan

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 9 DIS – Setelah mengharungi tempoh latihan asas ketenteraan selama enam bulan bagi rekrut lelaki dan tiga bulan bagi rekrut wanita, seramai 300 orang rekrut lelaki pengambilan ke-169 serta 58 orang anggota rekrut wanita bagi pengambilan ke-57 diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan Pegawai Menerima Tabik Hormat di upacara itu ialah Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib.

    Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemerintah angkatan bersama, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan anggota ABDB, ibu bapa dan penjaga serta keluarga anggota rekrut.

    Upacara menyaksikan ketibaan Hajah Nor Hashimah yang menerima Hormat Panglima serta dialu-alukan untuk memeriksa perbarisan.

    Kemudian perbarisan berkenaan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula.

    Hajah Nor Hashimah menyampaikan Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan bagi Pengambilan Rekrut Lelaki kepada 54675 Rekrut (L) Mohammad Danish Shah.
    Hajah Nor Hashimah menyampaikan Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan bagi Pengambilan Rekrut Wanita kepada 22267 Rekrut Nurul Syafiqah.
    Perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.
    Antara rekrut wanita yang diraikan pada upacara berkenaan.

    Perbarisan Rekrut yang tamat latihan di upacara perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, hari ini.
    Ahli-ahli keluarga rekrut yang diraikan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan upacara berkenaan menggunakan kamera dan peranti pintar mereka.

    Hajah Nor Hashimah kemudian menyampaikan ucapan dan dialu-alukan untuk menyempurnakan anugerah kepada rekrut-rekrut terbaik dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori-kategori tertentu sepanjang latihan dijalankan.

    Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-169 ialah 54675 Rekrut (L) Muhammad Danish Shah bin Behrom Shem yang menerima Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan; 54752 Rekrut (U) Haffizul Ikhmal bin Mohammad Daud menerima Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik; 54636 Rekrut Mohammad Hafizz bin Talip menerima Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan, dan 54722 Rekrut (U) Mohammad Azimuddin bin Haji Awang Bungsu memenangi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik. Sementara itu, penerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik ialah 19386 Koperal Safwan bin Haji Bahar dan Platun Sarjan Terbaik ialah 29546 Sarjan Mohammad Hardini bin Jaludin.

    Bagi Pengambilan Rekrut Wanita ke-57 ialah Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan diberikan kepada 22267 Rekrut Nurul Syafiqah binti Yahya; Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik kepada 22247 Rekrut (L) Dayangku Siti Syifa Wajihah binti Pengiran Norzaini; Anugerah Rekrut Terbaik Senjata Ringan kepada 22273 Rekrut Syasya Ereena Syqira binti Saiful Rizal dan Anugerah Latihan Jasmani Terbaik kepada 22265 Rekrut Inarah Ainul Hayati binti Jasni.

    Manakala itu, penerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik ialah 21435 Koperal Siti Nurrizati binti Haji Tasrif dan Platun Sarjan Terbaik ialah 21243 Sarjan Linda binti Serudin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...