Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lebih 300 sekolah terjejas akibat banjir

    SEGAMAT, 9 JAN – Lebih 300 sekolah di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A.

    Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata sekolah yang masih belum dibuka itu disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan.

    Beliau berkata sekolah yang tidak dibuka mengikut jadual asal dijangka memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

    “Ada sebahagian sekolah yang bermula hari ini di negeri kumpulan A dan ada beberapa yang belum dapat dibuka termasuk di Sabah, Pahang dan Selangor.

    “Maklumat mengenai status sekolah ini akan dikemas kini oleh pejabat pendidikan daerah dari semasa ke semasa bagi menentukan pembukaan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Pulau Paya yang terjejas akibat banjir, di sini, hari ini.

    Justeru, beliau berharap agar semua pihak dapat membantu kerja pembersihan sekolah supaya sesi persekolahan dapat dijalankan mengikut perancangan.

    Mohamad berkata sebanyak 46 sekolah di Johor dijadikan PPS iaitu 15 buah di Segamat, Tangkak (13), Muar (tujuh), Mersing (empat), masing-masing tiga di Kota Tinggi dan Batu Pahat, serta Kluang (satu) susulan kejadian banjir yang melanda sejak 1 Jan lepas. – Bernama

    Para guru berganding bahu melakukan proses pembersihan di Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, Segamat yang terjejas banjir ketika tinjauan semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...