Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 3,000 jemaah hadiri ceramah keagamaan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 April – Ceramah yang menampilkan penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana lebih 3,000 orang jemaah daripada kalangan penduduk tempatan dan luar khasnya Indonesia, membanjiri Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar untuk mendengarkan ceramah yang disampaikan oleh beliau.

    Antara yang hadir mendengarkan ceramah yang berkaitan dengan Israk dan Mikraj berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali Bin Apong; Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda