Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan pertambahan pesakit dirawat dalam kategori 4 kepada 10 orang, manakala seorang pesakit dalam kategori 5, namun tiada kematian direkodkan dalam masa 24 jam lalu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,285 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 telah dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 44,334 orang.
Kes-kes baharu ini dikesan melalui ujian swab RT-PCR sebanyak 942 manakala melalui ujian pantas antigen (ART) pula sebanyak 2,343 kes. Sejumlah 5,258 ujian makmal telah dijalankan dalam tempoh 24 jam lalu. Manakala kes sembuh pula sebanyak 1,163, membawa jumlah keseluruhan kepada 22,718 kes sementara kes aktif melonjak kepada 21,504 kes.
Kadar penggunaan katil di pusat pengasingan di seluruh negara pula ialah sebanyak 16.9 peratus.
Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin merekodkan sekurang-kurangnya 94.9 peratus menerima satu dos vaksin, 94.2 peratus dua dos dan 52.9 peratus menerima dos ketiga.